Monday 24 May 2010

Ambil Masa

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan....

Saturday 22 May 2010

Kursus Wellness & Stress Management


Kursus Wellness & Stress Management ini adalah kursus anjuran Jabatan Pengajian Am kepada pensyarah JABATAN PENGAJIAN AM...Kursus ini diadakan pada 22 Julai 2009 hingga 24 Julai 2009...Semua pensyarah Jabatan Pengajian Am terlibat kecuali pensyarah yang terlibat dengan aktiviti luar...


Memang tidak asing lagi...kursus wellness ini dipengerusikan oleh Puan Wan Sukartini..dia nie memang dah dibooking untuk menjadi mc untuk kursus yang dianjurkan oleh jabatan...dia juga merupakan salah seorang daripada ajk latihan staf..semua ajk latihan staf dah sepaka untuk melantik puan sukartini sebagai mc kursus nie.


Untuk memberkati lagi kursus ini, bacaan doa telah dibaca oleh Ustaz Kamal Hisam..ustaz nie nmpak simple and cool but tegas dgn pelajar...tapi ok la sebab ustaz nie seorang yg open minded...bukan jenis yg tunduk je...


Peserta yg nampak agak berusia tu ustaz Udin...Ketua Kursus Unit Agama dan Moral Jabatan Pengajian Am POLISAS..dia seorang yang sangat2 rileks..kalau dia kemaskini sikit janggut dia mesti nampak macam orang muda...dan di sebelahnya pulak mr key..orang nye kecik2 cili api...sekali tengok nampak mcm student tapi 2 kali tengok rupa2nya dah jadi bapa kepada 4 orang cahaya mata...x sangka betul..huhu



Penceramah kursus ini ialah Miss Ann Wong Siew Ying...dia dah pun bersara pada 30 April 2010 baru2 nie...beliau seorang yang sangat tegas mase jd Ketua Jabatan...semua pensyarah jpa respek kat miss Ann kerana kerja beliau sangat kemas dan sentiasa memaklumkan info dan perkembangan terkini polisas dar semasa ke semasa..beliau sangat berdedikasi dan mempunyai banyak pengalaman...kadang-kadang dia jd moody jugak.. mungkin masa tu banyak perkara yang ingin dipikirkan...


Friday 21 May 2010

AKTIVITI UNIT AGAMA

Pada 06 November 2009, unit Pendidikan Islam dan Moral Jabatan Pengajian Am POLISAS telah menganjurkan Seminar Pembinaan Sahsiah untuk Pelajar Pendidikan Moral Semester 1. Seramai 84 orang pelajar moral yang terlibat bersama-sama dengan pensyarah perempuan unit agama jabatan...seminar ini diadakan pada jam 1.00 - 2.00 petang selama 1 jam..seminar ini disampaikan oleh En Nandakumaran iaitu seorang pengetua sekolah...





Inilah penceramah seminar pembinaan sahsiah iaitu En. Nandakumaran..beliau memberi ceramah yang sangat berkesan kepada pelajar...pelajar begitu tertarik dengan ceramah yang disampaikan oleh En. Nandakumaran kerana beliau menyelitkan ceramah dengan unsur-unsur humor membuatkan pelajar tidak bosan untuk mendengarnya.




Pengenalan

Jabatan Pengajian Am ditubuhkan dengan objektif untuk membantu Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan memperkenalkan kepada semua pelajar akan kepentingan dan nilai-nilai rohaniah, kemanusiaan, dan nilai kemurnian insan sejagat dalam kehidupan bermasyarakat yang bermaruah di samping menitikberatkan kepentingan penggunaan Bahasa Inggeris dari aspek kemahiran lisan (pertuturan dan komunikasi) dan kemahiran bertulis yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar bagi membolehkannya berfungsi secara efektif dalam konteks kerjayanya kelak. Setiap manusia tidak dapat mengelakkan dirinya daripada berhubung dan berinteraksi sesama manusia di dalam kehidupan hariannya. Oleh itu, hubungan kemanusiaan melalui aspek inter-personal dan intra-personal merupakan suatu seni kemahiran dan seni yang di dalamnya dapat menilai kemanusiaan seseorang insan. Akhlak dan tindak-tanduk seseorang tidak dapat didik melalui pendidikan teknikal dan kemahiran pakar semata-mata tetapi kosong tanpa nilai-nilai rohaniah dan kemanusiaan. Sesuatu bangsa yang maju dalam bidang sains dan teknologi tetapi membelakangkan aspek akhlak dan kemanusiaan tidak ada kemuliaan dan kebaikan bagi bangsa tersebut bahkan dipandang sebagai suatu bangsa yang tidak bertamadun dan tidak bermaruah. Oleh itu, Jabatan Pengajian Am berfungsi sebagai pelengkap kepada semua jabatan di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah dalam membantu para pelajar mengisi kekosongan rohaniah dan nilai kemanusiaan sedapat mungkin dalam ruang vakuum yang paling minima dan terhad. Jabatan ini mempunyai kerunikannya yang tersendiri kerana walaupun ia tidak ada seorang pun pelajar seperti jabatan-jabatan lain, JPA mengendalikanm kursus-kursus bukan bidang kejuruteraan untuk semua jabatan di POLISAS.